A A
RSS

Rahsia dalaman PC terbongkar!

Sat, Nov 29, 2008

Teknologi

Assalamualaikum WBT. Kali ini saya akan berkongsi sedikit ilmu mengenai perkakas dalaman PC. Gambar di bawah menunjukkan beberapa komponen dalaman pc dan saya akan terangkan serba sedikit.

  1. Exhaust Fan - Udara panas dari dalam komputer anda akan disedut di sini. Di sarankan anda membersihkannya setiap bulan.
  2. Processor Cooler - Bertujuan untuk menyejukkan proccesor anda. Processor terletak di bawahnya. Kebiasaannya Cooler ini diberi percuma jika anda membeli processor. Cooler di atas adalah 3rd party cooler di mana kebiasaannya berharga RM100-RM200 untuk pengguna 24/7 dan overclockers.
  3. DDR-RAM - Ramai yang menggunakan DDR2 dan yang terbaru DDR3 mengikut chipset motherboard.
  4. Motherboard - Mengandungi socket untuk Microprocessor, RAM slot, non-volatile memory untuk BIOS, clock, slot untuk expansion cards, etc. Terdapat banyak jenis chipset seperti G31, P35, X38, P45, X48, X58, AM2, AM2+ dan lain-lain lagi. Terdapat dalam saiz m-atx, atx, e-atx dan lain-lain lagi.
  5. GPU - Graphic Card. Selalunya diperlukan untuk bermain games 3D. Namun, GPU juga boleh meningkatkan/mencantikkan kualiti gambar video, mengurangkan keperluan processor untuk penciptaan video. Windows Vista juga memerlukan graphic card untuk Windows AERO.
  6. Optical Disk - Slot untuk DVD Writer, Disket Reader dan Memory Card Reader.
  7. Hard Disk - Anda menyimpan data di sini. Kini terdapat dalam kapasiti sehingga 1.5TeraByte (1500GB) dan berharga kira-kira RM680.
  8. PSU - Power Supply. Power Supply yang murah (RM40-60) boleh mengakibatkan kerosakan PC anda. “True Power” PSU elok untuk kestabilan aliran elektrik dan menjimatkan penggunaan elektrik anda kerana mempunyai “power efficiency” yang tinggi.

Pengaliran udara yang baik amat penting untuk menjaga PC anda kerana udara panas boleh menyebabkan komponen elektrik tidak beroperasi dalam keupayaan optimum dan menyebabkan PC anda lambat. Wayar yang berserabut juga menyebabkan pengaliran udara teruk. Gambar di bawah merupakan “Wire Management” yang elok:

Jika terdapat sebarang kesalahan boleh komen di sini. :)

1 Comments For This Post

  1. zul Says:

    salam..
    bila nak bongkar rahsia dalaman laptop pula

Leave a Reply

Advertise Here
Advertise Here
Latest Flickr photos

...: IU FC :...

 

November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Latest Videos