Assalamualaikum w.b.t brothers & sisters, Tomorrow there will be an IFTAR PERDANA at CLC CONCOURSE. 6.30 p.m, we will gather there. ALL Muslims and Non-Muslims are INVITED. For placement, please contact: Aliff: 017-6099505 Sumaiyah: 017-3906388 Regards, Usrah Institution Multimedia University Malacca Campus
Monday, April 19, 2010
Assalamu’alaikum. Semua dijemput hadir. Jemputan Gandingan Speaker yang Mantap iaitu : Ustaz Najib (Penasihat IU & Lecturer FOsee) Dan Mr. Halim (Lecturer FBL) Saps Point & Jamuan Ringan Disediakan. Door gift special untuk yang hadir.. Ke arah membina “MAHASISWA PEKA ISU SEMASA.” Usrah Itu Keluarga. Institusi Usrah 2009/2010, Universiti Multimedia, Kampus Melaka.
Thursday, April 15, 2010
“IU APPRECIATION DINNER” is back!! This appreciation night is specially organized by Usrah Institution for our members (family). :: Kenduri Sekampus @ A Nite to Unite :: Date : 18th April 2010 (Sunday) Time : 8pm - 11.30 pm Venue : D’PELICAN RESTAURANT AYER KEROH ( tasek area) Ticket : RM 5 ONLY Attire : SMART CASUAL Theme : WHITE CHOCOLATE Map : [...]
Thursday, March 25, 2010
HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Assalamualaikum. InsyaALLAH Institusi Usrah akan mengadakan satu KEM KEPIMPINAN ISLAM selama 3 hari 2 malam.Kem ini diberi nama AKADEMI AL-FATEH “Mencetak Generasi Al-Fateh Millenium” MAKLUMAT LANJUT: TARIKH [...]
Monday, March 8, 2010
Assalamualaikum, Insya Allah Institusi Usrah 09/10 akan mengadakan ”SIMPOSIUM MAHASISWA 2010 bertemakan “Transformasi Gagasan Kepimpinan Mahasiswa” berbesar hati menjemput SEMUA pelajar Multimedia University Cyberjaya & Melaka ke program ini. Objektif program ini adalah untuk menyatukan seluruh pelajar Islam kearah satu aliran pemikiran yang sama yang semestinya berlandaskan syariat Islam.Selain itu, program ini juga bertujuan mencari situasi sebenar corak kepimpinan [...]
Mon, May 3, 2010 | Written by: Aitiqah
Thu, Apr 22, 2010 | Written by: Aitiqah
ASSALAMUALAIKUM
,Insya ALLAH STAD akan menganjurkan bacaan yassin dan solat hajat bagi menghadapi peperiksaan akhir 2009/2010. Marilah bersama-sama menjayakan majlis ini.Semoga kita dapat menghadapi peperiksaan akhir ini dengan penuh keyakinan berserta rahmat ALLAH.

Tue, Apr 13, 2010 | Written by: Aitiqah
).
)
Wed, Mar 17, 2010 | Written by: Aitiqah
Suatu ketika dahulu, pelajar dan golongan belia adalah nadi pembangunan masyarakat. Golongan inilah yang banyak menitiskan keringat memperjuangkan idea-idea pembaharuan, sehingga sanggup berkering tekak bagi memastikan objektif dan wawasan perjuangan mereka kesampaian. Apa yang pasti usaha mereka sentiasa dihargai masyarakat, para pemimpin negara dan juga agama.
Wed, Mar 10, 2010 | Written by: Aitiqah

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.
_________________________________________________________
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
![]()

Wednesday, August 25, 2010
0 Comments